Friday, March 22, 2013

ALLAH LEBIH SAYANGKAN DIA

" Yang hidup pasti akan mati, tidak mengira usia ajal menjemput, sesungguhnya mati itu pasti "...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.... dan kalimat AL-FATIHAH buat adik JOHANNUDIN BIN JAMIL yang telah kembali ke rahmatullah pada 21.3.2013 pada pukul 1 pagi iaitu genap usianya 86 hari. Akhirnya adik pergi juga, dan berakhir jugalah penderitaan yang di tanggungnya sejak kelahiran lagi. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya, kami sekeluarga perlu redha dengan pemergiannya. 

rasanya tak perlu nadi ceritakan semula apa penyakit adik, yang pasti ramai yang sudah membaca entry nadi sebelum ni kan? 

pg hening pukul 1 pagi terdengar bunyi talifon yg berdering.. kedengaran suara ibu yg sayu menyatakan " angah, Johan dah takde"... terdengak esakan suara ibu kesedihan... Innalillahiwainnailahirojiun...

tepat jam 4.35 pagi kedengaran lg bunyi talifon berdering. kalini moksu yg talifon menyatakan ayah, ibu dan arwah Johan dalam perjalanan balik kerumah. nadi terus bangun bersiap2 dan menyediakan katil utk arwah adik. selepas subuh tak henti orang datang melawat dan sedekahkan bacaan Yasin utk adik. selesai semuanya, tepat pukul 8.3o pagi kami bergerak ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar ,Klang. semuanya berjalan dgn pantas sbb arwah adik Johan diuruskan semuanya oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

sampai sahaja di tanah perkuburan, perjalanan masuk tu, ibu mengendong adik dengan pelukan penuh kasih sayang, ibu menangis.. SubahanAllah... kalaulah awak2 tgk keadaan ibu masa tu... itulah kali pertama ibu mengendong adik, merasakan pelukkan utk adik, dan merasakan bauan dr adik, cium adik... xhenti2 air mata ibu menitis.  ayah pulak adalah org yg memasukkan arwah adik dalam liang lahat, walaupun ayah xberpengalaman dalam hal2 mcm ni, tp ayah ushe utk buat... 

Syukur ALHAMDULILLAH... semuanya selesai...

adik, awak seorang anak yang tabah, masih kuat untuk bertahan walaupun awak kesakitan,  tp.... Allah lebih sayangkan awak dik... angah pasti , awak akan aman di sana.. kami disini akan mendoakan kesejahteraan awak ... 

awak nak tahu tak dik, ayah dengan ibu xpernah lekang utk jauh dari awak. hari2 ayah dgn ibu pg jenguk awak, hari2 ibu ayah mendoakan awak, hari2 ibu dgn ayah mgharapkan dpt tgk awak sehat mcm kami adik beradik awak yg lain. sedih tgk ibu dik, sedih dia tgk awak menderita kesakitan  masih x hilang tp sekarang ibu sedh menanggung utk menerima pemergian awak... angah tersentap bila ibu cakap, ibu rindu nak kendong awak. ibu rindu bau awak, ibu rindu nak tatap wajah awak... Subhanallah.... angah yg mendengar keluhan ibu pon sedih apatah lgi ibu yang mengandungkan awak 9 bulan, dan menjaga awak selama awak di icu... perasaan seorang ibu dpt angah rasakan... tp awak jgn risau, angah janji dengan awak, angah akan jaga ibu, angah akan usaha utk buat ibu gmbira dan tersenyum, tp angah buat semua ni bkn sbb angah nak ibu lupekan awak tp angah buat ni utk buat awak tenang disana..... 

tangisan membawa banyak erti, antaranya kesedihan kegembiraan yg amat sgt, kegembiraan bayi keluar dr alam rahim, dan tangisan kematian.... 

angah cube utk tenangkan ibu, ini yg angah smpaikan utk ibu .."BELAJAR UNTUK MELEPASKAN" itulah yg terbaik utk awak tenang disana... akhirnya ibu redha dengan pemergian awak. SYUKUR ALHAMDULILLAH.... redha ibu, tp masih lagi dalam tangisan air mata yg merindukan awak... 

Dari dia kita datang, pada dia kita kembali,,,, kita akan bersua satu hari nanti dik... angah sayangkan awak...  Syurga sudah pasti menanti awak...  

" SEBUTIR KASIH, SEJUTA SAYANG "



















Saturday, March 16, 2013

Doakan Kesejahteraan dan Kesembuhan utk adik

Assalamualaikum... rase mcm lame sgt jari jemari kecil nadi ni tak menaip.. kan?? bukan ape, lately nadi mcm busy sikit, pg keje, balik keje, pg balik hospital tgk adik yg tenat dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang....

Ya Allah... Sumpah rase mcm nadi ni kakak yg tak berguna sbb ape? sbb hanya mampu lihat adik terlantar sakit macam tu jea,,,, SubhanAllah... sdgkan nadi tak kuat, tak sampai hati tgk adik mcm tu.. apatah lagi ayah dan ibu... Tak sggp dah rasenye nak lihat adik menanggung sakit mcm tu terlalu lama... bila tgk ibu nangis, mulalah nadi pon nak menangis sama.... bukan sebb tgk ibu ngs nadi nk nangis ok, tp naluri seorang anak mesti sama dengan naluri seorang ibu. betol x? lagi2 pulak nadi ni terlalu rapat dgn ibu.... (chemistry) huhu

"KETAKUTAN PADA KEHILANGAN BOLEH DI ATASI DENGAN PERCAYA PADA ILAHI, PERCAYA PADA TAKDIRNYA SEBAGAI MANUSIA, KITA HANYA MEMINJAM BUKAN MEMILIKI".

ayat ni nadi sampaikan pada ibu, terus ibu menangis... takde niat nk buat ibu sedih, tp kalau dah mmg itu tkdirnya kami sekeluarga perlu Redha... InsyaAllah... ape2 pon, kami sekeluarga mendoakan kesejahteraan adik, kesembuhan adik... Mohon kerjasama awak2 jg mendoakan utk adik nadi
" JOHANNUDIN BIN JAMIL ".

kalau awak2 di tempat nadi pon awak2 semua xnak adik awak pergi... betol x? tp.... adakah awak2 semua jgk sggup melihat adik2 awak terlantar sakit "TENAT" di hospital??????

hanya Allah S.W.T jea yg tahu perasaan kami sekeluarga... Ya Allah....

adik yg terlalu banyak masalah, jantung berlubang, masalah paru2, masalah hati, masalah usus, dan now ni doktor cakap ada jangkitan kuman dalam usus dia dan ususnya membengkak after pembedahan haritu... YA ALLAH.... tak tertanggung rasanya bila tgk gmbar adik.... apatah lg bila tgk dia depan2....Kau kuatkanlah kami sekeluarga Ya Allah.

dari satu masalah ke satu masalah lain adik kena hadapi,,,, SubhanAllah... begitu besar dugaanMu utk 
anak kecil ini YA ALLAH...


(mohon kerjasama jgn copy paste gmbar ini)

Ya Allah.... hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan kesembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia dengan sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa sahaja yg dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahannya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Amin Ya Allah, Amin Ya Robbilalamin.....